Aqim '10

Berapa bintang korang bagi untuk blog ini?

Sabtu, 17 April 2010

Hari2 april fool

xder pape utk dikatakan... cuma.. selamat bulan april fool!! hahahaha!!!! lolz!!! terkena jugak kaw!!

Rabu, 7 April 2010

MANUSIA

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.
Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.
Dari segi biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Berbanding dengan haiwan ciri jantina haiwan tidak semestinya ditentukan oleh kromosom X dan Y tetapi juga dilambangkan dengan kromosom yang berlainan seperti V dan W, mempunyai bilangan kromosom yang lebih besar daripada jantina perempuan bagi haiwan jantan dan lain-lain lagi.
Manusia dibezakan daripada haiwan dari ciri fizikalnya dengan kebolehan berjalan di atas 2 kaki, mempunyai dua anggota depan yang dinamakan sebagai tangan yang mampu melakukan aktviti kompleks dan sangat penting bagi dalam kehidupan manusia. 2 kaki manusia cukup untuk digunakan sebagai imbangan dan membolehkan manusia mengaplikasikan 2 anggota unjuran yang lain dengan lebih efektif (tangan).
Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.
Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.
Sosial sangat perlu dan merupakan cara paling efektif untuk mendapatkan manfaat secara bersama di antara individu. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali daripada aktivit sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai manusia abnormal ataupun manusia gila.

Isnin, 29 Mac 2010

SEMANGAT 4 ELEMEN!!!

SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT!!!

SEMANGAT ANGIN!!!
SEMANGAT API!!!
SEMANGAT TANAH!!!
SEMANGAT AIR!!!

SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT!!!

Rabu, 24 Mac 2010

Pelangi 7 warna... Kini hanya tinggal 3 warna...

7 warna pelangi...
warna2 indah...
warna2 bercahaya...
warna2 berwarni2... :p hiksx7...
1. Biru, Merah, dan Kuning warna kegemaranku...
2. B.M.K ( Boleh Menjadi Kecemerlangan )
3. K.M.B ( Kita Masih Berapi )
4. A.B.C ( Aku Boleh Cemerlang )
5. dan err... ( dh lupa ap nk kata... ):P :)

Khamis, 18 Mac 2010

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaran atau SRP.

Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

PMR terbuka kepada pelajar Tahun Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah
Kemahiran Hidup
Pendidikan Islam(hanya pelajar Islam)

Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu subjek bahasa di antara bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan Bahasa Iban.

Khamis, 11 Mac 2010

KOMIK!!! 'Upgrade'kan komikku...

Percayalah komik boleh di'upgrade'...

1. Praktis buat komik dengan lebih kreatif...
2. 'Upgrade'kan rupa watak supaya kelihatan lebih menarik..
3. Praktis buat pusingan tangan ( ke kiri2 @ ke kanan2 )
4. Latih tangan anda buat watak, benda, atau bentuk yang anda fikir susah... lama2 jadi senang... apabila anda sudah lama melatih tangan anda.. ( jari2 @ tangan2 )
5. Lukisan anda akan menjadi semakin cantik dan cantik dan cantik...
6. Berlatih selalu... itulah saya! Saya berlatih melukis dari kecik lagi tau!? dari umor 3 tahun...
Mula2 tu lukisan buruk nk mampus!! Lama2 jadi cantik nk mampus!! Apa dar...
Sehingga ada orang kata... "kau belajar lukis kat ne?"... PERCAYALAH!!!

Manusia dan bola

komik manusia dan bola ini... ceritanya begini...

Bagaimana bola dicipta dan manusia bermain dengannya.. :p
Siapa manusia pertama yang mencipta bola..
dan apa yang akan berlaku jika bola tiada di dunia..
Manusia yang pertama lupa tentang "apakah itu bola?"

Apakah yang akan terjadi apabila bola hilang di dunia!!?
bola.. bola.. bola...